Wang anda tidak pernah melalui kami
Koperasi mencairkan pembiayaan terus ke akaun bank anda. Kami tidak memungut sebarang bayaran daripada anda — tiada yuran, tiada bayaran pendahuluan, pada bila-bila masa.
Anda tidak membayar kami
Caj koperasi (proses, takaful, keahlian, ansuran pendahuluan) ditolak daripada jumlah pembiayaan — bukan dibayar oleh anda, dan bukan kepada kami.Pencairan terus kepada anda
Koperasi memasukkan wang ke akaun bank anda sendiri. Kami tidak memegang, menyimpan atau menyalurkan wang anda pada bila-bila peringkat.Kami tidak akan pernah
Minta bayaran pendahuluan · minta OTP atau kata laluan · minta nombor IC penuh dalam teks · janji kelulusan pasti · desak anda buat keputusan hari ini.Kami tidak menghubungi sesiapa terlebih dahulu
Setiap perbualan bermula daripada anda — di laman ini atau di WhatsApp kami. Jika seseorang menghubungi anda “bagi pihak kami” tanpa anda mulakan, itu bukan kami: jangan balas, dan laporkan nombor itu kepada kami.Jika sesiapa minta anda bayar dahulu
Jangan bayar. Polis (JSJK Bukit Aman) menyatakan dengan jelas: mana-mana pinjaman yang meminta bayaran pendahuluan sebagai syarat adalah penipuan. Semak akaun di Semak Mule (PDRM CCID), dan hubungi NSRC 997 segera.Aduan atau pertanyaan tentang data anda: WhatsApp kami — balasan dalam 48 jam. Maklumat anda dirahsiakan.
Untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun dan GLC